SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA IBUN (YBB7111)

Sejarah Sekolah

    Sekolah Kebangsaan Nanga Ibun telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pada mulanya,tapak sekolah dibina di kawasan lain iaitu di hilir Sungai Pila, di mana hanya ada satu atau dua pondok sahaja dibina melalui aktiviti gotong-royong oleh penduduk setempat dan hasil sumbangan sesetengah pihak. Setelah beberapa tahun, seorang penduduk tempatan telah menyumbangkan sebidang tanah untuk dijadikan tapak sekolah yang baharu iaitu di tapak sekolah ini sekarang. Pada tahun 1970, satu bangunan kelas dibina di mana hanya mempunyai 2 kelas sahaja. Pada tahun 1975 barulah bangunan-bangunan sekolah ditambah. Sehingga kini bangunan sekolah semakin bertambah dan kawasan sekolah semakin ceria.

Picture
Bangunan PraSekolah