Piagam Pelanggan
Bahawa kami warga SK Nanga Ibun dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada:
MURID
- Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan
- Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama
- Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat
- Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak
- Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon,negeri dan kebangsaan bagi yang layak
STAF
- Staf dapat bekerja dalam suasana kondusif
- Staf baru mendapat gaji dalam tempoh 3 bulan pertama
- Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
- Guru dapat mengajar mengikut opsyen
- Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan
- Mendapat semua maklumat dan pe$keliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh “stake holder”
WARIS
"STAKE HOLDER"
- Akan dilayan sama adil tanpa mengira status
- Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja
- Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
- Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari
"STAKE HOLDER"
- Memastikan semua arahan PPD/JPN melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.
- Semua surat PPD/JPN akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan